|
Mukaddimah.. Salam Sejahtera... Selamat datang ke laman web Durian Batu Kurau: "Emas Disebalik Duri". Tujuan laman web ini dibangunkan adalah bagi penulis berkongsi mengenai serba sedikit info dan keistimewaan yang terdapat di Batu Kurau. Batu Kurau kini amat terkenal sebagai pengeluar buah-buahan di semenanjung tanah air terutamanya raja buah iaitu durian. Melalui ruangan laman web ini, penulis berharap agar para pengunjung dapat menimba ilmu pengetahuan mengenai durian Batu Kurau ini seterusnya menjadikan Batu Kurau sebagai destinasi pilihan untuk dilawati terutamanya sewaktu musim durian dengan menikmati keenakan durian Batu Kurau ini. Jika anda seorang penggemar raja buah iaitu durian, penulis percaya bahawa anda sudah pasti tahu mengenai durian Batu Kurau yang mempunyai keenakkan dan keistimewaannya yang tersendiri. Setiap tahun apabilanya tiba musim durian, semestinya ramai pengunjung dari luar Batu Kurau terutamanya orang bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan sekitarnya datang ke Batu Kurau semata-mata untuk membeli dan merasai keenakkan durian kampung yang asli ini. Jom Cuba!! |
|