Durian atau Durio Species merupakan tanaman buah-buahan tropika yang amat popular disekitar Asia Tenggara. Manakala, durian jenis Durio Zibethinus Murr pula merupakan spesis yang paling banyak ditanam untuk tujuan komersil bagi menghasilkan buah yang disukai oleh kebanyakan orang. Durian juga dikenali sebagai raja buah antara semua jenis buah-buahan yang lain.
Batu Kurau sebuah mukim yang terletak di derah Larut Matang dan kewujudannya adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada 1850 hingga 1857 ketika Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut atau Taiping. Batu Kurau merupakan sebuah kawasan pengeluaran durian yang terkenal. Duriannya memang sedap dan terkenal sehingga kisahnya pernah disiarkan dalam Majalah 3 dan 360 pada tahun 2012.
Walaupun pelbagai klon diperkenalkan, walau pelbagai nama yang ditonjolkan, namun durian Batu Kurau mempunyai keistimewaannya tersendiri. Duriannya adalah durian asli, durian kampung dan bukanlah klon hibrid. Rasanya yang sedap lemak manis, isi yang tebal bertekstur halus dengan warna kuning menarik (ada juga yang berwarna kuning air/lembut). Keistimewaan itulah yang menjadikan ia sebagai salah satu kawasan pengeluar durian terbaik di Malaysia.