Antara kampung yang menjadi pengeluar utama durian di Batu Kurau adalah di Kampung Perak. Mari kita selami kampung yang menjadi pengeluar utama raja buah di Batu Kurau ini.
Marjoriti penduduk Kampung Perak bekerja sebagai petani dan membuat kerja kampung. Oleh kerana Kampung ini berhampiran dengan dusun durian penduduk kampung yang lebih dikenali sebagai "bukit durian", jadi tidak hairanlah Kampung Perak antara pengeluar utama buah durian ini. setiap kali tibanya musim durian, "bukit durian" begitu meriah dengan penduduk kampung yang ulang alik bagi mengutip dan menjual durian mereka setiap hari.
Durian Batu Kurau ini bukan hanya di hantar atau dijual di dalam negara sahaja seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya malah ia juga dieksport ke luar negara seperti Singapura dan Thailand kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar durian kerana keenakkan rasa dan keistimewaannya yang tersendiri.
Alias Bin Mohd Nasib atau lebih dikenali sebagai "Pak Yas" tidak asing lagi bagi penduduk Kampung Perak kerana beliau merupakan peraih utama durian Batu Kurau daripada penduduk kampung di Kampung Perak sendiri. Beliau juga adalah peraih durian yang paling lama dan buah-buahan tempatan yang lain di kampung ini. Apabila tibanya musim buah terutamanya durian, rumah Pak Yas begitu meriah dan beliau merupakan orang yang paling sibuk untuk membeli raja buah tersebut dan seterusnya menjualnya kepada pemborong. Selain itu, durian yang di raih Pak Yas juga di eksport ke luar negara seperti Thailand dan Singapura.